Sunday, November 7, 2010

Hujan...

Sekarang musim tengkujuh ditempat kami. Hari -hari hujan..kalau tak pagi..petang. Banyak aktiviti tak dapat dibereskan... Musin hujan ni, abah dengah aktiviti dia memukat ikan sepat kedah. Dah 3 baldi dibuatnya pekasam. Jual jugak kepada yg berminat 4 ekor RM5.00. Selain itu aktiviti anak-anak pulak makan, tidur dan tengok tv lah..nak keluar pun tak boleh. Baru ni angah deman sekarang achik pulak...leni musim cuti lagilah bosan tahap gaban depa ni..tak tahu nak buat apa. Ummi jugak letih nak basuh baju..tiada tempat nak berjemur ...last sekali jemur dalam rumah. Kalau tak basuh ..berlabak tahap bukit bauklah baju dalam rumah...Pening kepala dibuatnya.nanti kita tambah gambar2 musim tengkujuh ni.

Friday, October 22, 2010

Businessku



                          Sata Goreng Frozen. 22 biji berharga RM5 dan dilabelkan  Sri Melati  Frozen Food,

Keropok lekor frozen juga berharga RM5 dan mengandungi 10 batang aje. Dilabelkan Sri Melati Frozen Food.

Sebagai pengusaha kedai keropok, ini antara produk keluaran kedai kami. Sata frozen hasil nukilan kami sendiri dimana resepi kami sendiri dan ianya adalah asli...terasa ikannya..ianya sedap. Kepada mereka diluar saya yg ingin merasa sata kami bolehlah order terus dari kami... Selain itu..keropok lekor frozen  ini boleh tahan selama  3 bulan atau lebih bergantung cara penyimpannya. keropok ini 100% ciptaan anak tempat terengganu..dan benar2 terasa ikannya..cubalah. Mereka yg berminat menjadi pengedar blh menefon kami di email atau talian 0139016411. Selain itu , kami ada menjual sos keropok dgn harga RM4 sebotol . Iaitu 500ml untuk 1 botol..sos ini tahan lama terutama jika disimpan didalam freeze...kami membuat penghantaran terus kerumah anda,,,marilah cuba.

Thursday, October 14, 2010

Rumahku Syurgaku

 Tapak project rumah baru. Anggaran keluasan 2000kaki..luas jugaklah rumah inikan...tunggu siap klu nak tahu keluasan sebenar...
 Anak2 dibawa ke tapak projek...walaupun under contruction...depa nak tgk jugak projek abah..bawa ajelah.
 Ateh dgn gaya tersendiri...budak zaman sekarang pandai bergaya.
 main pasir di tpt projek nak marah pun tak boleh cox dah budak2 nak buat mcm mana...
Tpt berteduh atau stor yang disediakan tukang..org lain buat dgn zink...kita siap ade colour lagi...zink kolam ikan kelisa dulu...buat mana yg patut aje.

Antara gambar yg berjaya diambil...masa ni 19.9.2010..sepuluh hari lps tu bersalin anak ke6. Ajak abah pergi tgk projek rumah, walaupun baru start tp excited nak tgk..abah bawalah ummi dgn anak2 pergi tgk. Siapa yg tak suka ada rumah sendiri, desgin sendiri..duit sendiri. Rasanya bilalah siap projek ni...almaklum tak buat pinjaman...hopenya jgnlah lama sangat. Sekarangpun dah berangan nak deco rumah ala2 english..itupun klu tuan rumah beri kuasa utk kita buat keputusan...tungguuu...

Tuesday, October 12, 2010

Idea Menghasilkan Blog Yang Comel

Idea nak menghasilkan blog dah lama..hari tu ada buat dah tapi terlupa password dia so terkubur begitu saje. Sekarang ni ada idea untuk menghasilkan blog cox ada business nak dibuat and banyak sangat idea yg nak ditulis tapi tak punya tempat. So tak salah ditulis dalam blog sendirikan.. Idea asal datang dari kak long ku yg blognya penuh dengan keceriaan. Asyik baca blog dia why not kita ada blog sendiri...boleh cerita hal kita, hal family kita, hal business kita dan semua sekali.
Ini hari pertama kita cerita aje hal diri kita cukup untuk tatapan mereka yg ingin berkongsi cerita dengan kita special kawan2 atau teman2 yg mengenali diri ini...Marrie..Nur...Ma ..Ummi..itu semua nama panggilan untuk diri ini... Selamat berjumpa kembali..Selamat berkenalan bagi yg baru..
Ini lah family ummi...tak termasuk baby baru. Dari kiri Angah (Muhamad Badrul Amin), Abah (Mohd Yusof),  atas riba Alang (Muhamad Lukman Hakim), Along (Nuraini Athirah), Ateh (Nuraini Afifah), Ummi (Maraini) dan Achik (Nuraini Aqilah) , Adik tak ada dlm gambar (Nuraini Anisah).